Muassis merupakan sebuah syarikat konsultansi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM. Muassis bergerak untuk menyediakan platform pembangunan modal insan alternatif berteraskan nilai-nilai islam.
Tiada syarat. Hanya kemahuan sahaja dan komitmen anda diperlukan ^^
Bergantung kepada jenis program. Setiap bentuk program mempunyai kekerapan tersendiri dan setiap program mempunyai objektif tersendiri untuk membina aspek spiritual, pemikiran dan kemahiran peserta.
Tiada yuran pendaftaran. Kesemua usaha dijalankan berbekalkan semangat kesukarelaan. Namun sumbangan pelbagai bentuk adalah dialu-alukan.
Tidak. Kami juga ada rakan strategik dalam kalangan wanita untuk memenuhi keperluan peserta wanita.